Main Menu

Flag Counter

Flag Counter

Credit to AsalUsulOrangMelayu

Asal Usul Orang Melayu
Warisan Budaya Alamiah
Asal Usul Orang Melayu
  • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu
    Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Teruskan membaca
  • Ciri adat, bahasa dan agama orang Melayu
    Melayu secara puak (etnis, suku) bukan dilihat dari faktor genekologi seperti kebanyakan puak-puak lain. Di Malaysia, tetap mengaku beretnis Melayu walau moyang mereka beretnis Jawa, Mandailing, Bugis, Keling dan lainnya. Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komunitas keturunan Batak … Teruskan membaca
  • Agama dan Kepercayaan 0rang Melayu
    Definisi Melayu adalah sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan suku-suku di Indonesia, seperti Minangkabau, Aceh, Bugis, atau Mandailing, yang bertutur dalam bahasa Melayu, … Teruskan membaca

Credit to LokalGenius.Blogspot.com

MELAYU NUSANTARA
MEMBONGKAR KEHEBATAN TAMADUN MELAYU
  • OKINAWA, BAHASA MELAYU DAN SAYUR CAMPUR.




    Siapa yang tak tahu dengan tempat bernama Okinawa. Ia adalah sebuah pulau kecil yang mempunyai hubungan rapat dengan Alam Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Di kepulauan inilah terletaknya kerajaan Ryukyu yang terkenal dikalangan kita sebagai salah satu tempat yang pernah dijejaki oleh pahlawan agung Melayu yakni Hang Tuah.


    Menurut pengkaji sejarah, hubungan perdagangan diantara Ryukyu dengan Melaka telah membuka jalan kepada masuknya pengaruh teknologi penghasilan batik chap dari Alam Melayu ke Jepun yang dinamakan sebagai Bingata.


    Jika anda ke Okinawa anda mungkin akan terperanjat dengan budaya dan cara hidup orang disana. Hal ini kerana budaya dan cara hidup orang Okinawa adalah sangat berlainan daripada budaya dan cara hidup orang Jepun di kepulauan utama mereka. Malah budaya orang Okinawa menurut sejarawan adalah hibrid daripada budaya Cina, Jepun dan penduduk asli tempatan.


    Jika di kepulauan utama Jepun , cara hidup dan budaya mereka dibayangi oleh kod etika moral yang ketat berasaskan dari kod etika Bushido. Cara hidup mereka di kepulauan utama juga lebih rigid dan terjadual. Hal ini langsung berbeza di Okinawa. Penduduk Okinawa lebih santai dan tidak terkongkong dengan kod etika dan moral yang ketat seperti di kepulauan utama atau tanah besar Jepun. Mereka juga lebih mudah menerima pengaruh budaya baru dari luar seperti dari China, Alam Melayu, Amerika malah Eropah.


    Kita dapat lihat contoh pengaruh luar ini dari sudut kulinari mereka. Salah satu contoh ialah masakan yang terkenal di Okinawa dengan panggilan Chanpuru atau Chanploo. Chanpuru atau Chanploo adalah istilah yang digunakan untuk apa jua jenis masakan tumisan atau 'stir fry' yang bahan utamanya ialah sayur. Namun demikian tahukah anda bahawa maksud Champuru yang sebenar ialah 'MIX'? Ya, makna perkataan tersebut adalah Campur! Adakah ini kebetulan? Ianya bukan kebetulan tetapi sebaliknya memang ia adalah pengaruh daripada bahasa Melayu atau dalam salah satu web dari Jepun mereka menulis Malay-Indonesian word.


    Bila pengaruh masakan atau istilah campur ini masuk ke Okinawa saya pun tidak tahu. Malah orang Okinawa sendiri masih kabur tentang dari mana datangnya istilah ini. Adakah ia satu istilah yang baru masuk semasa zaman perang dunia kedua? Atau istilah ini telah masuk sejak adanya hubungan diantara kerajaan Melaka dengan Ryukyu? Jika kita kata yang pengaruh ini masuk dari China ianya adalah agak pelik kerana orang China tidak menggunakan perkataan  ‘Campur’  yang memang jelas perkataan Melayu bagi menyebut jenis masakan seperti itu, tetapi mungkin Chap Jae atau Chap Chai yang memang masih wujud hingga kini di China, Malaysia serta Korea Selatan.


    Kemungkinan lain ialah perkataan tersebut mempunyai kaitan dengan pengaruh rumpun Austronesian yang memang diakui sendiri oleh pengkaji Jepun terhadap masyarakat Jepun dan Okinawa pada zaman kuno. Mungkin perkataan Champuru itu memang perkataan asal masyarakat asli Okinawa yang mempunyai kognate dengan bahasa rumpun Melayu.


    Satu lagi perkara menarik tentang orang Okinawa ialah berkenaan umur mereka yang panjang. Beberapa tahun dahulu saya sering mendengar dari mulut rakan dan orang-orang tertentu di negara kita yang kononnya expert dalam budaya dan sejarah Jepun membuat andaian bahawa orang Jepun panjang umur kerana mereka tidak makan daging terutama daging Khinzir seperti orang China atau Korea dan Eropah.


    Namun ternyata pendapat mereka itu jauh meleset. Dalam kajian yang dibuat saintis, purata umur terpanjang orang Jepun adalah bertumpu di Okinawa. Namun demikian orang Okinawa adalah masyarakat yang bukan sahaja kuat makan makanan laut tetapi juga sangat suka makan daging khinzir. Masakan tradisi mereka juga banyak dipengaruhi oleh masakan China.


    Jadi apakah rahsia sebenar umur panjang mereka? Ada yang kata rahsianya ialah dengan memakan Goya atau peria katak yang memang menjadi kegemaran orang Okinawa. Namun demikian peria katak bukan sahaja dimakan oleh orang Okinawa kerana orang Melayu diseluruh Alam Melayu, orang China, malah orang India juga suka makan peria katak dan peria secara umumnya. Adakah sebab mereka banyak makan makanan laut? Mungkin ya mungkin juga tidak.


    Atau mungkin ianya kombinasi dari semuanya yakni cara hidup yang sihat, banyak makan sayur seperti peria katak, banyak makan makanan laut, makan daging,makan nasi dan bersenam. Apa yang penting ialah keseimbangan. Kalau makan sayur banyak pon boleh mendatangkan bahaya juga. Contohnya di Korea dan tanah besar Jepun, mereka mempunyai kadar risiko penyakit kanser perut yang paling tinggi sebab terlalu suka makan sejenis pucuk paku. Sekian, wallah hu a'lam.



    ~ASJ~




    *Satu pesanan dari saya, jika anda suka makan sayur pucuk Ubi, sebelum memasak jangan lupa mencelurnya terlebih dahulu dan buang air celurannya itu dan perah. Hal ini kerana dalam pucuk ubi ada terkandung sejenis racun Cynide yang boleh membahayakan kesihatan kita dan jika terlebih boleh bawa maut. Ibu saya pernah mengalami keracunan Cynide akibat memakan ulam pucuk ubi selama lima hari berturut . Itupon sudah dicelur terlebih dahulu tetapi masih ada sisanya. Saya berpesan begini kerana saya pernah melihat seorang Chef muda di TV memasak pucuk ubi tua dengan terus memasuknya kedalam gulai atau membuat seperti salad tanpa mencelurnya terlebih dahulu!
  • ZABAG DAN PERANAN BANGSA ‘NAGA’.


    As salam. Sebelum ini saya pernah menulis berkenaan bangsa Naga dalam blog ini. Kali ini satu lagi artikel saya paparkan untuk anda yang dapat menguatkan lagi hipotesis bahawa Bangsa Naga adalah puak-puak Austronesia yang terdiri daripada Orang Laut atau rumpun Melayu Nusantara. Dalam artikel ini juga akan dibincangkan hipotesis berkenaan asal nama Zabag yang terkenal di dunia Timur Tengah dan asal nama Kunlun yang dicatat dalam rekod imperial China. Selain itu saya juga menyelitkan berkenaan bahasa rasmi yang digunakan dalam Empayar Zabag atau dalam Istana Zabag/Srivijaya. Saya pasti ramai sudah maklum bahawa sejarawan menyebut bahasa Melayu adalah bahasa lingua franca dalam empayar Zabag. Namun setakat ini kebanyakan bukti bahasa yang kita ada adalah dalam bentuk prasasti atau batu bersurat yang dijumpai di beberapa tempat di Sumatera seperti Batu Bersurat Karang Brahi dan Kota Kapur. Tetapi bagaimanakah kita pasti bahawa bahasa yang sama yakni BAHASA MELAYU dipertuturkan dalam istana Maharaja Srivijaya?

    Teruskan membaca jika anda ingin tahu. :)


    Yavadipa.

    Catatan terawal yang menyebut tentang Alam Melayu boleh dibaca di dalam epik terkenal India iaitu Ramayana karya Valmiki. Dalam karya tersebut Alam Melayu disebut sebagai Yavadipa yang bermaksud Pulau Barli. Namun demikian sejarawan telah membuktikan bahawa tidak wujud atau tumbuhnya barli di Alam Melayu. Mereka membuat hipotesis bahawa Yava atau barli yang dimaksudkan adalah bijirin secara umumnya dan bukan khas merujuk kepada barli.

    Sebenarnya daripada perkataan Yavadipa inilah munculnya perkataan-perkataan China sejak kurun 3 Masihi lagi seperti She Bo (Dzia Bak), Zhu Bo, Chia Bak dan Qi Bo atau Gji Bak dan Yepoti, yang merujuk kepada wilayah Alam Melayu atau lebih tepat merujuk kepada Sumatera, Semenanjung dan Pulau Jawa. Begitu juga dengan perkataan Arab dan Parsi seperti Zabag, Sabeg, Sayabiga, Jaba, Gaba, Gawa dan akhirnya Jawi. Semua ini merujuk kepada Malayan peoples atau Malayan countries menurut Wilkinson.


    Menurut Waruno Mahdi, terdapat satu keanehan pada perkataan-perkataan ini. Apa yang dimaksudkan sebagai aneh ialah penggunaan ‘B’ dalam sebutan perkataan-perkataan tersebut seperti Zabag atau perkataan Cina Chia/Jhia Bak. Hal ini kerana perkataan asal seperti yang telah disebutkan iaitu dari bahasa Sanskrit Yavadipa menggunakan ‘V’ bukan ‘B’. Menurut beliau penggunaan ‘B’ ini adalah hasil pinjaman daripada penutur bahasa Austronesian itu sendiri atau dari bahasa rumpun Melayu dan bukan asli dari sebutan mereka (Cina, Arab dan Parsi).

    Namun menurut beliau lagi, sebahagian besar catatan China, Arab dan Parsi yang menggunakan sebutan dengan ‘B’ ini muncul dalam zaman dimana belum lagi wujud aktiviti maritim yang pesat dalam Tamadun China mahupun Tamadun Arab serta Parsi. Catatan China terawal yang mengunakan sebutan dengan ‘B’ ini telah wujud pada kurun 3 Masihi iaitu jauh sebelum zaman aktiviti penerokaan maritim oleh bangsa Cina. Pada zaman awal ini orang Cina masih bergantung kepada kepakaran maritim bangsa KUNLUN untuk melakukan aktiviti pelayaran ke Nusantara. Manakala tidak mungkin ia dipinjam daripada bahasa Sanskrit mahupun Dravidian kerana Sanskrit dan Prakrit menggunakan ‘V’, Yavadipa dan Javaka manakala Tamil Chavakam.

    Begitu juga dengan catatan pengembara Parsi dan Arab sekitar kurun ke 7 Masihi dan kewujudan Bani Sayabiga di Teluk Parsi adalah jauh sebelum zaman kegemilangan penerokaan laut oleh bangsa Arab seperti pada zaman Ibnu Batutah. Oleh kerana itu dipercayai bahawa penggunaan sebutan ‘B’ dalam perkataan tersebut dipercayai diperkenalkan oleh orang-orang daripada Alam Melayu itu sendiri melalui hubungan maritim yang mereka jalankan dengan bangsa Arab, Parsi dan China. Waruno Mahdi mencadangkan puak yang menyebarkan sebutan tersebut adalah Sea-Gipsy atau orang laut yang mendiami sekitar utara Semenanjung berdekatan Burma serta Teluk Siam seperti orang Moken atau Moklen dan Urak Lawoi.


    Naga.

    Terdapat beberapa petunjuk dari catatan China dan India yang dapat menguatkan hujah ini. Orang Cina dan India sejak awal kurun Masihi lagi sering mencatat tentang pertembungan mereka dengan satu bangsa pelaut yang hebat di kawasan kepulauan Asia Tenggara hingga ke pulau-pulau di Lautan Hindi. Orang India menggelarkan mereka sebagai BANGSA NAGA. Catatan tentang bangsa Naga ini ditulis bukan sahaja dalam teks-teks agama Hindu dan Buddha  di India Selatan malah juga India Utara.


    Ini adalah lukisan dalam sebuah komik German yang bertajuk  'Das Orang Laut'. Anehnya orang German menggambarkan Raja Orang Laut ini duduk diatas singgahsana berkepala Ular/Naga. Mereka juga memakai potoh, gelang dan subang emas. Nampaknya orang barat samaada secara sedar atau tidak mengetahui sejarah Bangsa Naga. Wallah hu a'lam.


    Semua tulisan ini merujuk mereka sebagai satu bangsa yang tinggal di kawasan pinggir pantai dan pulau-pulau serta suka melanun dan pada masa yang sama juga terlibat dalam aktiviti perdagangan. Walaupun pada asasnya terma Naga itu merujuk kepada pelbagai etnik yang menjalankan aktiviti maritim, namun dapatlah disimpulkan bahawa  sebahagian besar daripada Naga yang dimaksudkan itu adalah orang rumpun Melayu atau Orang Laut yang memang terkenal hebat dalam ilmu kelautan di sekitar Selat Melaka hingga Lautan Hindi. Roger Blench dengan merujuk kepada Waruno Mahdi dipetik sebagai berkata:


    The Nāgas referred to in early (Indian) texts ‘typically inhabited islands, the sea coast or banksof rivers. Some of them worshipped megalithsand practiced buffalo sacrifice and head-hunting’ (Mahdi 1999b: 182). Identifying such populations with early Austronesian migrants would not be unreasonable. Given the dates for the texts, Austronesian presence would be identifiable from ca. 500 BC.


    Solheim sendiri pernah menbuat kenyataan berdasarkan kajian terhadap data-data Arkeologi  bahawa aktiviti perdagangan dan perhubungan dengan India dan Timur Tengah telah dijalankan oleh suku bangsa rumpun Melayu sejak kurun ke 2 sebelum Masihi lagi. Manakala kajian terbaru yang dijalankan juga didapati bahawa aktiviti perdagangan oleh rumpun Melayu dengan India, Timur Tengah malah kawasan Meditranian telah berlaku lebih awal lagi yakni sejak kurun ke 4 sebelum Masihi. Menurut Professor Maguin, kapal-kapal dagang rumpun Melayu yang besar (Jong) memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti tersebut.





    Kunlun.

    Dalam rekod China Yiqie Jingyin Yi (Comprehensive pronunciation dictionary) yang bertarikh 817 Masihi ditulis oleh Hui Lin terdapat beberapa rujukan terhadap catatan yang lebih awal iaitu dari kurun 3 Masihi yang menyebut tentang KUNLUN BO iaitu sejenis kapal besar yang dipunyai oleh satu bangsa yang dipanggil sebagai Gulun. Catatan Cina juga menyebut mereka sebagai South Sea-Barbarian yang berkulit gelap dan tidak berpakaian. Dipercayai sebutan atau panggilan Gulun atau Kunlun ini juga berasal daripada bahasa Austronesia.  Menurut sejarawan ia mempunyai kaitan dengan perkataan Ulon atau Lon dalam bahasa Aceh, Ulun dalam bahasa Banjar serta Dayak Maayan, dalam bahasa Lampung dan Dayak Iban. Manakala Olona dalam bahasa Malagasy juga berakar daripada perkataan yang sama dan semua ini merujuk kepada kata ganti nama diri pertama.

    Dalam bahasa Melayu pula Ulun atau Hulun bermaksud hamba atau pesuruh, contohnya dalam perkataan Melayu kuno Hulun Haji yang bermaksud Hamba Raja. Ia juga terdapat dalam bahasa Jawa iaitu Kulo dan Pwangkulun yang juga bermaksud sahaya atau tuan dan asas kepada perkataan Penghulu. Oleh itu dipercayai bahawa perkataan Ulun atau Hulun yang sering disebut atau diperturturkan oleh bangsa pelaut ini ketika mereka singgah di pelabuhan-pelabuhan di China untuk berdagang telah lekat dalam kepala orang Cina dan menyebabkan mereka memanggil orang-orang rumpun Melayu sebagai Gulun atau Kunlun. Begitu juga dalam bahasa Orang Laut Moken atau Moklen, terdapat juga perkataan Kolon yang bermaksud hamba, atau saya atau orang secara umumnya yang menguatkan lagi teori ini.



    Sudah menjadi Adat turun-temurun dalam budaya rumpun Melayu untuk membahasakan diri sebagai seorang Hamba atau Sahaya apabila bertutur dengan orang lain, dan hal ini dilihat aneh oleh bangsa lain. Selain itu menurut Waruno Mahdi, Orang Laut atau suku Moken dan Urak Lawoi ini bukanlah satu-satunya pemain utama dalam aktiviti perdagangan dan perkapalan tersebut. Sebaliknya mereka adalah tenaga kerja atau buruh yang menjadi anak kapal bagi para pedagang rumpun Melayu yang lain yang lebih bertamadun seperti suku Melayu, Jawa, Cham/Funan atau mungkin juga Bugis dan Sulu kerana sehingga sekarang mereka masih lagi primitif kehidupannya berbanding dengan suku rumpun Melayu yang lain. Mereka inilah yang menjadi para tentera elit laut dan pengawal lalu-lintas di Selat Melaka sejak turun temurun dari zaman Langkasuka hingga Srivijaya dan berterusan sehingga ke zaman Melaka dan Empayar Johor-Riau. Hal ini tidak dapat dinafikan lagi.


    Bahasa Zabag.

    Persoalan terakhir iaitu berkenaan Bahasa Zabag, yakni bahasa apakah yang dipertuturkan secara rasmi dalam kerajaan Maharaja Zabag? Sebenarnya kalau kelian hendak tahu, jawapannya sudah terang dan jelas disebut oleh pencatan Arab/Parsi yang melawat ke Alam Melayu ini. Dalam catatan Nakhode Buzurq Ibn Shahriyar pada kurun ke 10 M dalam Kitab ‘Ajaib Al Hind’ ada tertulis satu bukti yang dapat membongkar siapa bangsa Zabag sebenarnya. Dipetik dari kitab tersebut :

    It was the customs among the kings of Zabag and the land of Gold that no one was allowed to sit before them, neither indigenous, foreigner, nor Muslim, without having his leg crossed, this position being known as ‘Al barsila’.

    Perkataan ‘Barsila’ dalam teks Arab tersebut adalah perkataan yang sama dalam BAHASA MELAYU iaitu BERSILA dan dalam tulisan Jawi atau Arab imbuhan ‘ber’ akan menjadi ‘bar’ , maka dengan yakinnya dapat disimpulkan bahawa bahasa yang digunakan di Zabag adalah bahasa Melayu. Walaupun perkataan ‘Sila’ itu adalah berasal daripada bahasa Sanskrit, namun penambahan imbuhan ‘ber’ adalah unik untuk Bahasa Melayu dan rumpun terdekatnya sahaja.

    Kajian yang lebih lanjut harus dibuat untuk mengukuhkan lagi hujah-hujah yang telah dikemukakan. Namun dapat kita simpulkan bahawa rumpun Melayu telah lama menjalankan hubungan maritim dengan bangsa-bangsa luar. Walaupun kurangnya catatan daripada sumber tempatan, namun sumber-sumber luar seperti dalam karya Ramayana dan rekod-rekod imperial Dinasti China serta catatan para pengembara Arab dan Parsi sememangnya wujud. Nama-nama seperti Kunlun, Sayabiga, Zabag menjadi sebutan mereka. Ianya membuktikan bahawa bangsa kita bukan calang-calang bangsa, tetapi satu bangsa yang berperanan besar dalam sejarah dunia suatu ketika dahulu. Ia juga menunjukkan betapa besarnya peranan Orang Laut yang sejak turun temurun menjadi Vanguard dalam aktiviti maritim kerajaan-kerajaan rumpun Melayu di Nusantara. Sekian, Wallah hu a’lam.






    ~ASJ~



    Sumber:

    • ·    In Search Of An Historical Sea-People Malay Dialect With –aba.  Waruno Mahdi in: Alexander Adelaar, Andrew Pawley (editors), Austronesian historical linguistics and culture history: a festschrift for Robert Blust, Pacific Linguistics 601.
    • ·         The Cambridge History of Southeast Asia edited by Nicholas Tarling.
    • ·         Maritime Southeast Asia, 300 B.C.to A.D.1528, By Lynda Norene Shaffer.
    • ·         Remapping the Austronesian expansion, By Roger Blench.







  • PENGGUNAAN KOTA DAN KUBU DI ALAM MELAYU.


    Kota dalam bahasa Melayu sebenarnya mempunyai beberapa pengertian bergantung kepada fungsi. Kota boleh bermakna pekan atau bandar. Manakala pusat pemerintahan sesebuah kerajaan Melayu itu juga sering digelar sebagai kota. Selain itu kota juga kadang-kadang disamakan dengan kubu pertahanan. Jika ditinjau dari segi fungsinya, kota dan kubu ada peranan yang berbeza. Biasanya dalam catatan teks historiografi Melayu, kota akan dikaitkan dengan pusat Kesultanan atau kompleks Istana raja.

    Lazimnya Kota Raja diperbuat daripada kayu-kayan keras seperti cengal ,meranti, belian dan jati atau daripada bahan batuan dan mampatan tanah, batu bata, batu sungai mahupun batu kapur. Raja-Raja Melayu menggunakan Kota sebagai pusat pertahanan, pemerintahan, dan pentadbirannya. Sebagai sebuah Kota raja, kebiasaannya ia akan dilengkapkan dengan sistem pertahanan seperti menara kawalan, parit beranjau, para pengawal dan juga meriam. Sebuah kota raja juga dilengkapi dengan bangunan-bangunan seperti Istana raja, permandian raja, Istana keluarga diraja, balairung,  balai penghadapan, tempat beribadah, dan bangunan tempat senjata.

    Apabila seseorang raja itu berpindah atau membuka negeri baru, maka perkara pertama yang akan dilakukannya ialah mengerahkan pengikut-pengikutnya membina Kota Raja. Sejarah Melayu ada menyebut mengenai pembinaan Kota Raja, parit, rumah-rumah dan kedai serta istana ketika Seri Teri Buana hendak membuka negeri baru iaitu Singapura:

    ‘Maka Aria Bupala pun naik menghadap Wan Seri Beni, persembahkan segala pesan Seri Teri Buana itu. Maka Wan Seri Beni pun menyuruh berlengkap pada segala Orang Besar-besar, mengerahkan rakyat sekalian bermuat gajah, kuda ke perahu. Setelah mustaid, maka Wan Seri Beni pun pergilah ke Singapura. Setelah sampai maka sekaliannya naiklah; maka negeri Singapura pun telah sudahlah diperbuat orang dengan Kota paritnya, dan dengan segala Istana dan balairung dalam dan balairung luar, serta sekalian rumah orang, kedai dan pasar; terlalu indah perbuatan negeri Singapura itu.’

    Manakala kubu pula adalah sejenis binaan yang digunakan untuk pertahanan. Kubu bukanlah sebuah tempat tinggal yang tetap atau tempat dibina Istana. Oleh hal yang demikian kubu-kubu ini kebiasaannya diperbuat daripada tanah mampat dan pancangan kayu keras. Ia juga dipanggil sebagai pagar sasak. Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Palisadeatau Stockade. Kubu-kubu pertahanan ini dapat kita ketahui penggunaannya dalam peristiwa Perang Pahang dimana pasukan Datuk Bahaman dan pahlawan Pahang banyak membina kubu-kubu dari tanah di sekitar kawasan yang strategik bagi menghadapi serangan British contohnya di Jeram Ampai.

    Kota Kuala Kedah.


    Sejarawan barat seperti Anthony Reid berpendapat, masyarakat Melayu tidak lazim membina kubu dan kota. Menurutnya keadaan geografi kawasan Asia Tenggara dan kepulauan Melayu khususnya yang berhutan tebal dan bergunung ganang menyebabkan pembinaan kubu adalah sesuatu yang tidak perlu dan sukar kerana bentuk muka bumi boleh di pergunakan untuk pertahanan mereka. Selain itu katanya orang Melayu tak perlukan kota dan parit kerana harta benda mereka tidak berharga dan mudah dibakar sebab diperbuat daripada kayu atau buluh.

    Saya kurang bersetuju dengan pandangan ini. Masyarakat Melayu sememangnya sudah lama menggunakan parit dan kota sebagai pertahanan. Sebagai contohnya sewaktu Siam menyerang Kota Kelampang di Pattani, tentera Siam terpaksa berhadapan dengan parit yang dalam dan besar mengelilingi Kota tersebut. Ketika tentera Siam berusaha untuk meredah menaiki parit tersebut mereka telah dihujani dengan panah dan tembakan senjata api yang menyebabkan ramai daripada mereka terkorban. Akibatnya mereka terpaksa berundur.

    Pendapat Reid juga dapat disangkal sekiranya kita melihat catatan mengenai kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu. Catatan daripada pengembara dari India, China dan Timur Tengah menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan awal ini mempunyai Kota yang diperbuat daripada batu mengelilinginya. Satu catatan yang menyatakan tentang hal ini adalah daripada Zhao Ragua dalam bukunya Zhu Fan Zhi yang ditulis pada tahun 1225 Masihi berdasarkan kepada catatan pengembara dan pedagang Cina dari abad ke 12 dan 13 Masihi.

    Menurut beliau, Ibu Kota Sanfotsi atau Srivijaya diperbuat daripada batu-bata dan ukurannya sangat panjang iaitu berpuluh-puluh Li ukur lilitnya. Kerajaan Srivijaya juga mempunyai satu strategi pertahanan yang unik. Menurut Zhu, bagi menghalang pencerobohan lanun dan musuh daripada memasuki Ibu Kota kerajaan yang terletak dekat dengan laluan kapal iaitu di tepi laut, maka kerajaan Srivijaya telah menggunakan rantai besi dan merintanginya di perairan berhampiran pintu masuk ibu Kota. Rantai besi ini dikatakan boleh dituil sama ada untuk ditinggikan atau direndahkan.

    Pada abad ke 17, catatan daripada Belanda mengenai Palembang  menyebut bahawa Kota pelabuhan tersebut dipagari dengan tembok batu yang besar, malahan terdapat lakaran daripada pegawai VOC yang menunjukkan Kota tersebut lengkap dengan Istana batu dan bangunan-bangunan di dalam Kota. Kota tersebut terkenal dengan nama Benteng Kota Besak dan sisanya masih ada sehingga sekarang.

    Tanah Jawa juga amat kaya dengan tinggalan Kota dan kubu. Masyarakat Jawa mahir membina kubu dan kota daripada batu-bata. Hal ini dibuktikan dengan catatan dalam Babad Ing Sangkala yang berkisar mengenai Kerajaan Kartasura. Babad ini ada menyatakan bahawa terdapatnya Kota-kota yang dibina dengan batu bakar yang disepuh dengan plaster putih. Hal ini juga disentuh oleh Ricklefs dalam bukunya yang mana beliau menyatakan bahawa kubu-kubu dan Kota pertahanan yang terdapat di Jawa adalah setaraf dengan kubu dan Kota dunia barat.

    Bercakap soal kota, pasti akan timbul persoalan berkenaan Kota Melaka di zaman sebelum penjajahan Portugis. Persoalan berkenaan Kota Melaka pra penjajahan masih diperdebatkan sehingga kini kerana hampir semua bukti-bukti fizikal kewujudan kota tersebut telah hilang dimusnahkan penjajah. Namun demikian sememangnya ada sumber sejarah yang dapat memberikan petunjuk bahawa Kerajaan Melaka mempunyai binaan kotanya sendiri tak kiralah samada daripada kayu, tanah mahupun batu.

    Catatan Eridea memberikan maklumat bahawa orang Melayu Melaka sudah tahu membina Kota atau kubu yang kukuh. Menurut beliau orang Melayu membina struktur yang diperbuat daripada tanah yang dimampatkan di antara pancangan kayu. Banyak rumah-rumah turut dibina dalam keadaan sebegini di Melaka. Namun demikian mereka turut menjumpai binaan yang diperbuat daripada batu bata namun tidak mempunyai mortar. Rui de Araujo mencatat didalam suratnya bahawa Kota Melaka mengandungi 10 ribu buah rumah dan lebih kurang 500 buah daripadanya adalah diperbuat daripada batu dan tanah liat manakala selebihnya adalah daripada kayu.

    Teryata daripada catatan Portugis ini menunjukkan memang ada binaan batu di Melaka. Menurutnya lagi stail binaan ini adalah sama dengan binaan batu yang dibuat oleh orang-orang lembah Sungai Ganges di India. Binaan seperti ini juga digunakan untuk membina Kota dan Istana raja. Eredia turut menyentuh tentang  pembinaan kubu yang diperbuat daripada pokok Nibung oleh orang Melaka dalam situasi perang. Mereka turut menggali parit mengelilingi kubu yang dibina. Parit ini mengandungi jerangkap, dan ranjau yang disapu dengan racun. Mereka juga membuat lubang perangkap yang di tutup dengan dahan-dahan kering.

    Walaupun Melaka mempunyai kubu atau Kota yang diperbuat daripada mampatan tanah atau batu sekalipun, namun berkemungkinan besar bukan seluruh bahagian bandar Melaka dilindungi dengan binaan tersebut. Pada pendapat saya bahagian yang dilindungi kota hanyalah di bahagian bandar yang terdapatnya Masjid, kediaman pembesar dan kompleks Istana Sultan. Oleh hal yang demikian, dalam Sejarah Melayu ada disebut yang orang Melaka cuba menghalang kemaraan Portugis dengan berkubukan Kempas di tempat tertentu. Saya yakin kubu kempas ini dibina di kawasan pantai di bahagian pasar dan kampung rakyat biasa.

    Setelah menawan Melaka, Alfonso De Albuquerque telah mengarahkan pembinaan Kota A’Famosa di kaki Bukit Melaka untuk mempertahankan Kota tersebut daripada serangan balas Sultan Mahmud Syah dan sekutu-sekutunya. Kota ini siap dibina sekitar awal 1512 hasil kerahan tenaga buruh paksa dan penduduk tempatan.

    Untuk membina kembali kota pentadbiran di tapak kota yang telah dimusnahkan dalam tempoh yang singkat adalah agak sukar malah mustahil walaupun dengan sumber tenaga buruh yang ramai jika tiada sumber bahan mentah dikawasan tersebut. Oleh itu pasti ada sumber batuan di sekitar bandar Melaka. Lakaran kota Melaka selepas penjajahan Portugis yang dilukis pada tahun 1512 menunjukkan bahawa kota awal Portugis itu dibina di tebing kanan sungai Melaka yakni di kaki bukit Melaka. Lokasi ini adalah bertepatan dengan lokasi asal Masjid Agung Melaka.





    Oleh sebab itu saya berpendapat kota Portugis yang disiapkan dalam masa 4 ke 5 bulan tersebut dibina diatas binaan asal Kota Melaka sebelum serangan Portugis. Hal ni memang jelas disebutkan dalam catatan Portugis dimana mereka mengakui bahawa Kota tersebut dibina daripada runtuhan istana, punggaran bangunan dan rumah-rumah pembesar malah makam dan kubur berbatu laterit yang diambil sekitar Melaka. Seorang penulis barat menyebut:

    “A Famosa was built by the forced labour of 1,500 royal slaves, who were conscripted by Albuquerque after he had defeated and put to flight their master, the Sultan. With a disregard for Muslim susceptibilities typical of the time, the Christian Portugese erected their fortress on the ruins of the Great Mosque of Malacca and constructed it, in part at least, out of stones taken from Malay religious buildings and from the graves of former Malay sultans. Because of the marshy nature of the site, the foundations had to be dug to the depth of a war lance.” – Graham W.Irwin.

    Ini jelas menunjukkan betapa banyaknya bangunan batu yang terdapat di Melaka hingga kehancurannya dapat dijadikan asas bahan binaan untuk membangunkan Kota Portugis. Catatan Portugis menyebut Albuquerque sendiri telah mengerahkan hamba raja yang ditawan untuk memunggar Masjid Agung Melaka yang diperbuat daripada batu. Malah masjid-masjid kecil lain di seluruh bandar Melaka yang diperbuat daripada batu turut dipunggar untuk mendapatkan batunya.

    Sewaktu dalam pengungsian di Bintan, Sultan Mahmud dan para pengikutnya telah membina sejenis pertahanan yang dinamakan Kota Kara. Kota Kara dipercayai adalah sejenis kubu pertahanan sementara yang dibina dalam keadaan perang. Ia dibina daripada pancangan kayu-kayu keras ataupun mampatan tanah dan batu. Armada Portugis yang dipimpin oleh admiral Mascarenhas dengan 20 buah kapal membawa 550 orang Portugis dan 600 orang Melayu telah berjaya membungkam Kota Kara yang dipertahankan oleh orang-orang Sultan Mahmud di bawah Sang Setia dan Laksamana Hang Nadim pada 23 Oktober 1526. Setelah itu barulah Kopak dapat dikuasai. Menurut RO Winstedt, armada Portugis memerlukan  empat belas hari sebelum Kota itu dapat dilumpuhkan.

    Pada zaman kerajaan Johor, Kota Johor Lama menjadi kota pentadbiran warisan kerajaan Kesultanan Melaka. Benteng kota yang terletak di atas Tanjung Batu itu menggunakan ketul-ketul batu pejal dan atasnya dikambus dengan tanah yang menjadikan ketul batunya tidak kelihatan. Tembok kota yang berlapis batu-batu pejal selebar tiga meter dan berturap simen kapur kira-kira enam sentimeter menjadi asas kepada kekuatan dan kekukuhan kota. Tembok ini juga dilengkapi dengan ratusan meriam untuk mempertahankan kota dari ancaman Portugis dan musuh yang lain.



    Teknologi yang digunakan membolehkan kota ini bertahan daripada bedilan meriam musuh. Portugis berusaha menakluk kota ini selama lebih 50 tahun dan hanya berjaya pada tahun 1587 dan menemukan 800 meriam di dalam kota. Hal ini menguatkan logik bahawa orang Melayu Melaka yang berundur dari Melaka telah memiliki pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang tinggi dalam pembinaan kota. Pastinya semua yang ditonjolkan di Kota Johor Lama adalah teknologi yang pernah digunapakai dalam pembinaan kota-kota terdahulu di tempat asal mereka dan semakin ditambah baik mengikut zaman.

    Selain daripada pertahanan di darat, orang Melayu juga mahir dengan taktik dan strategi peperangan di atas air. Dalam Syair perang Siak, ada di sebut mengenai sejenis strategi unik yang digunakan oleh orang-orang Melayu dalam menghadapi serangan Belanda. Taktik tersebut ialah dengan menggunakan sejenis Kota Berjalan. Pada pendapat saya Kota Berjalan ini adalah sejenis perahu berperisai yang sama fungsinya seperti Kapal Kura-Kura Laksamana kerajaan Joseon (Korea) Yi Sun Shin.

    Menurut Donald .J Goudie, Kota berjalan adalah sejenis Kota terapung yang dibina di atas sebuah kapal dan dilengkapi dengan banyak senjata-senjata api seperti meriam lebih kurang 16 buah meriam besar dan beberapa banyak lagi meriam-meriam kecil dan sederhana. Menurut pendapat beliau Kota berjalan ini sukar untuk dikendalikan dan ia adalah salah satu bentuk serangan berani mati.

    Selain daripada Kota-kota yang telah disebutkan, sebenanrya ada banyak lagi kota-kota dan kubu buatan orang Melayu di seluruh Malaysia malah seluruh Alam Melayu ini. Ada yang masih berdiri kukuh namun banyak juga yang hanya tinggal nama sahaja. Antaranya ialah Kota Kuala Kedah, Kota Melawati, Kota Kayang, Kota Kubang Labu, Kota Mahligai, Kota Lukut, Kota Singgora, Kota Pancur, Kota Baharu dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bahawa orang Melayu memang tahu membina kota dan kubu dan bukan hanya lari masuk ke hutan jika diserang seperti yang dituduh Orientalis.




    Membongkar Kota-kota Melayu terutama Kota Melayu Melaka yang telah hilang dalam sejarah adalah satu proses yang masih belum selesai. Perbezaan pendapat dan penulisan sejarah serta kekurangan maklumat mewujudkan dilema yang berterusan dikalangan pengkaji. Namun demikian kita dapat simpulkan bahawa sememangnya orang-orang Melayu mempunyai pengetahuan dalam pembinaan Kota dan kubu untuk pertahanan, tidak kira lah sama ada Kota atau kubu tersebut diperbuat daripada batu-bata, tanah mampat mahupun hanya pancangan dan jalinan kayu keras. Apa yang penting dan jelas di sini ialah pembinaan Kota dan kubu juga adalah salah satu strategi yang dipraktikkan oleh orang Melayu sejak sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sekian, wallah hu a’lam.


    ~ASJ~


    Sumber:

    • ·         Donald J. Goudie, Syair Perang Siak, Malaysian Branch Of The Royal Asiatic Society, Monograph No.17,Art Printing Snd Bhd,Kuala Lumpur, 1996.
    • ·         V. Mills (translator), Eredia’s description of Malacca, Meridional India and Cathay, Malaysian Branch of royal Asiatic society, 1997.
    • ·         Sulalat Al-Salatin, Yakni Perteturun Segala Raja-Raja, yayasan karyawan dan dewan bahasa dan pustaka, Kuala Lumpur,Malaysia,1997.
    • ·         M.C Ricklefs, Modern Javanese Historical Tradition: A study of an original Kartasura Chrinicle and Related Materials, School of oriental and African studies university of London, Malee street, London, 1978.
    • ·         Anthony Reid, An Indonesian Frontier, Acehnese And Othere History Of Sumatra, Singapore university publication, Singapore, 2005.
    • ·         Abdul Halim Nasir. Kota-Kota Melayu. Dewan Bahasa Pustaka; 1990.
    • ·         Noor Aisyah Binti Mokhtar, Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Kamarul Afizi Bin Kosman, Kewujudan Kota Melayu Melaka, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi Selangor.




 

Credit to IrfanIrsyad

irfan-irsyad - Mencari Keredhaan Ilahi
Mencari Keredhaan Ilahi
irfan-irsyad - Mencari Keredhaan Ilahi
  • IBN AL-BAITAR – PAKAR BOTANI MUSLIM
    Ibn al-Baitar atau nama penuhnya Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah salah seorang saintis terulung Muslim Sepanyol. Beliau dilahirkan di sebuah kota dikenali Malaqa atau Malaga di Sepanyol pada akhir kurun ke-12. Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi yang terkenal pada kurun pertengahan. Beliau belajar ilmu botani daripada Abu […]
  • ORIENTALIS BARAT ADA NIAT TERSIRAT MENYESATKAN UMAT ISLAM
    Oleh: Mohamad Sofee Razak UMAT Islam kini berdepan dengan serangan secara terancang sama ada secara fizikal dan minda. Usaha musuh untuk menjatuhkan Islam dan menyesatkan umatnya ini tidak pernah luntur sejak sekian lama. Mereka akan melakukan apa saja bagi memastikan Islam dan umatnya terus berada di landasan yang salah dalam melaksanakan propaganda supaya arahan, kewajipan […]
  • KETABAHAN ITU MILIK SIAPA?
    Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung” (Al Imran – 200) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (Al-Baqarah – 45) Dan sungguh akan Kami berikan […]
Melayu dot Asia

Credit to MacJay

MacJay.Net
  • KASYAF 2 ditangguhkan!
    Pada sesiapa yang tidak tahu siapakah gerangan Khairi Mohd ini, beliau ialah salah seorang penulis novel senior yang tidak keterlaluan jika dikatakan mampu menandingi karya RAM/Alaf21. Karya-karya beliau seperti Yuda Di Padang Maya terbitan Jemari Seni sebelum ini adalah antara masterpiece yang dikatakan setanding dengan novel Harry Potter karya JK Rollins dan The Lord of the Ring karya JRR Tolkien. (setidaknya dalam kategori novel Melayu)

    Pada sesiapa yang ternantikan trilogy novel tulisan Khairi Mohd (Xarine di Jemari Seni), bertajuk Kasyaf 2 - Mutan dan Kasyaf 3 - Yuda the prequel, anda perlu menarik nafas dalam-dalam. Ini kerana seperti yang diumumkan oleh Khairi Mohd sendiri menerusi blog-nya, pembikinan novel tersebut berhadapan dengan masalah dan dia kini telahpun menarik semula kesemua draf yang dihantar pada pihak publisher sebelumnya.

    Berikut adalah kenyataan beliau.
    I know some of you will be disappointed by this entry. Yesterday, I have withdrawn my manuscripts from Fixi. All of them.
    I sent the sequel for Kasyaf and proposed a prequel but they requested me to send the three of them, Kasyaf (edited edition), Kasyaf 2 (sequel) and Kasyaf 3 (prequel), suggesting PBAKL next month as the publish date.
    Kasyaf 3 was 40% written at that time, and similarly it is now. Kasyaf 2 has been given many slots previously but all were forfeited by the publisher due to some technical reason. I don't know how to bargain with them to publish my book and I did not even discuss or asking questions, or do something to promote my script. I just send and wait as per recommendation. My friend said I have to give a bribery and laughed it off quickly. Really?
    I guess the scripts are all as good as rejected.
    So, I don't know. Should I stop? Should I look for other publisher? I don't know. One thing I know is my readers are waiting for the sequel and they are mad at me now.
    Diharapkan agar Khairi Mohd tidak berputus asa untuk terus berkarya. Novelnya 'Yuda di Padang Maya' masih boleh didapati di laman Instagram Jemari Seni dengan membuat pesanan menerusi Whatsapp dan novel 'Kasyaf 1' pula boleh didapati di kedai-kedai buku single (kedai kecik-kecik) kerana telah out of prints.



  • Pesanan Tuhan kepada pembawa fitnah
    Firman Allah s.w.t. “Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu” (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
    Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah :

    1. “Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

    2. “Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya” (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

    3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat” (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)

    4. Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :”Sesungguhnya tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu :”Berbicaralah”. Maka syurga itu berkata :”Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku”. Lalu Allah berfirman :”Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :-

    a) orang yang selalu minum khamar
    b) yang selalu berzina
    c) yang qattaat (tukang fitnah)
    d) yang mengetuai peperangan
    e) pengawal penguasa
    f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita
    g) orang yang berkata :”Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu”. (Ihya Ulumuddin, Jilid 3)

    5. Diriwayatkan Ka’bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa :”Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah”. Maka Nabi Musa berdoa :”Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami”. Tuhan berfirman :”Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)”. maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka.

    6. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: “kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. “Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama”. Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini”, “Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah”. Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : “Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya.”

    7. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan.




  • Bagaimana HAARP memanipulasikan cuaca dunia?
    Perkara ini telah lama, namun sengaja penulis bangkitkan semula berikutan ketidaktentuan cuaca sejak enam bulan ke belakang, kadang-kala sangat membimbangkan. Adakah ia, sekadar putaran alam semulajadi sepertimana yang kita sedia maklum (belajar di sekolah)? Atau mungkinkah perubahan cuaca pada zaman sekarang boleh DIMANIPULASIKAN oleh pihak tertentu?

    HAARP PENYEBAB KEMUSNAHAN DI SELURUH DUNIA?

    Isu konspirasi HAARP hangat dibincangkan di internet di seluruh dunia. Namun, di Malaysia ia bagaikan suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mungkin ramai belum sedar betapa isu HAARP mungkin akan menggegarkan buat berapa ketika nanti sepertimana isu fenomena Supermoon beberapa minggu yang lalu.

    HAARP yang dikatakan bertanggungjawab dengan pelbagai bencana alam telah membangkitkan kemarahan beberapa negara di dunia seperti China, Venezuela serta Rusia. Namun, pembina teknologi HAARP iaitu Amerika Syarikat mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka tidak pula mengia apatah lagi menafikan isu berkaitan HAARP ini.

    Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dengan gempa bumi Haiti 2010 langsung tidak dijawab oleh Barack Obama. Bergitu juga kritikan daripada media dan saintis daripada China yang mendakwa HAARP telah mencetus gempa bumi yang kuat di Sichuan, China pada 2008. Antara percaya atau tidak, nama-nama besar seperti Hugo Chavez sendiri telah percaya Amerika Syarikat sedang berusaha mewujudkan satu teknologi yang sangat memberhaya kepada umat manusia seluruh dunia.
    Gempa bumi di Haiti pada 2010 meragut 316,000 nyawa
    Apa itu HAARP?

    HAARP adalah singkatan bagi High Frequency Active Aurora Research Program. HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
    Pemandangan dari udara menunjukkan antena HAARP di Alaska, Amerika

    HAARP dan IRI

    HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

    Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

    Kemusykilan berkaitan HAARP

    1. Fenomena Chemtrail

    Pemancaran denyutan berfrekuensi tinggi ini dikaitkan dengan pelbagai bencana alam seperti banjir besar, taufan dan gempa bumi. Peralatan HAARP yang sehingga ke hari ini masih lagi misteri melainkan IRI telah juga menyebabkan satu fenomena pelik di angkasa iaitu fenomena Chemtrail atau dikenali sebagai Jejak Kimia.

    Chemtrail adalah fenomena yang mengaitkan sesuatu bencana alam dengan konspirasi HAARP. Chemtrail dikatakan berlaku apabila sejenis semburan bahan kimia sengaja disebarkan melalui jet udara beraltitud tinggi. Pengkaji konspirasi mengaitkan ia dengan tindakan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kawalan populasi, kawalan cuaca dan perang biologi.

    Bukti Chemtrail yang bertujuan untuk mencetus bencana alam turut dijelaskan daripada segi ilmiah oleh beberapa pengkaji teori konspirasi. Mereka turut mendakwa HAARP adalah senjata Amerika Syarikat paling efisien untuk memusnahkan negara-negara musuhnya.

    Dakwaan mereka paling mengejutkan adalah fenomena Chemtrail telah berulangkali menyebabkan salji turun ke bumi bertukar menjadi warna kuning seperti sulfur. Bergitu juga dengan kejadian hujan yang turun di Kerala,India yang berwarna kemerah-merahan pada 2001. Walaubagaimanapun, saintis daripada Amerika Syarikat menafikan setiap dakwaan mereka.
    'Red rain' di India
    Salji kuning di Russia
    Di bawah adalah imej-imej Chemtrail:
    Santa Cruz
    Kanada
    Pergunungan Rocky
    2. Kematian haiwan secara besar-besaran

    Sekitar Januari 2011, masyarakat dunia dikejutkan dengan kematian secara besar-besaran burung jenis Blackbird di Louisiana. Jumlah kematian burung yang mempunyai sayap merah keperangan ini dianggarkan 5,000 ekor kesemuanya. Sehingga ke hari ini, saintis gagal memberi sebarang penjelasan saintifik susulan kematian secara besar-besaran tersebut.

    Bergitu juga di Arkansas, apabila burung jenis yang sama turut ditemui mati secara besar-besar. Dianggarkan lebih 3,000 ekor burung jenis tersebut jatuh dari langit pada malam sambutan Tahun Baru. Saintis mengeluarkan kenyataan tidak rasmi dengan mengaitkan ia dengan bunga api yang dilepaskan ke udara, keracunan dan cuaca yang buruk.
    Ratusan malah ribuan ikan ditemui mati di seluruh dunia
    Juga di Arkansas, ribuan ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas. Dianggarkan ia berjumlah 83,000 ekor. Kejadian itu berlaku pada 29 Disember 2010. Sehari sebelum burung jenis Blackbird ditemui mati. Pada 31 Januari pula, ikan jenis sama yang ditemui mati pada 29 Disember telah dijumpai mati juga di tempat sama. Universiti of Arkansas mengambil sampel ikan untuk tujuan kajian. Sumber tidak rasmi menyebut bahawa ikan tersebut mati akibat keracunan daripada bahan kimia.

    Berikut adalah turutan kematian haiwan secara besar-besaran bermula akhir tahun 2010. Secara statistik, tahun 2010 sehingga 2011 menunjukkan kematian haiwan secara besar-besaran paling besar berbanding tahun-tahun yang lalu.

    1. Pada 31 Disember 2010, 83,000 ekor ikan jenis Drum Fish ditemui mati di Sungai Arkansas.
    2. Pada 1 Januari 2011, 3000 hingga 5000 ekor burung jenis Red-winged Blackbird ditemui mati selepas dilaporkan jatuh daripada langit di Arkansas.
    3. Antara 28 Disember sehingga 3 Januari 2011, 100 tan ikan dilaporkan mati di luar persisiran pantai Brazil.
    4. Pada 3 Januari 2011, lebih 500 burung jenis Perling, Gagak dan Red-winged Blackbird ditemui mati di Louisiana.
    5. Pada 5 Januari 2011, ratusan burung jenis Turtle Dove ditemui mati di Faenza, Itali.
    6. Pada 8 Januari, ratusan ekor burung ditemui mati di Lebuhraya California. Manakala, ratusan ekor ikan jenis Gizzard Shad ditemui mati di perlabuhan Chicago.
    7. Pada 14 Januari, ratusan lembu ditemui mati di padang ragut Stockton, Wincousin.

    Sebenarnya, rentetan ini hanyalah sebahagian kecil sahaja. Namun, ia telah pun menunjukkan haiwan seperti ikan dan burung telah menjadi mangsa kepada teknologi HAARP yang dikelola oleh Amerika Syarikat.

    Ia disokong dengan statistik yang mana menunjukkan tahun-tahun sebelum 2000 tidak menunjukkan haiwan mati secara besar-besaran sepertimana tahun-tahun selepas 2000. Haiwan yang mati secara besar-besaran sebelum tahun 2000 kebanyakkan disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal yang karam. Itupun bukan selalu berlaku. Ia menimbulkan persoalan bahawa manusia juga boleh dihapuskan sepertimana burung dan ikan jika mereka yang di belakang tabir teknologi HAARP mahukan perkara tersebut berlaku. Sedarlah, umat manusia sudah tidak selamat.

    3. Gempa Bumi dan Tsunami

    Susulan tsunami Meulaboh pada 26 Disember 2004, isu konspirasi HAARP banyak kali dikaitkan dengan banyak kejadian bencana alam. Antara yang paling terbaru adalah tsunami Jepun.

    Tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi dalam laut sekuat 9.0 skala Richter telah memusnahkan ribuan rumah dan memakan korban lebih puluhan rakyat Jepun. Tsunami yang berlaku di Jepun telah dibuktikan dengan bacaan ‘induction magnetometer’ selepas berlakunya bencana alam tersebut. Bacaan yang direkodkan menunjukkan peningkatan yang cukup mendadak pada 9 March 2011, hari berlakunya gempa bumi di Jepun.

    Yang mengukuhkan lagi dakwaan adalah bacaan yang direkodkan pada ‘induction megnetometer’  pada hari sebelum berlakunya tsunami Jepun langsung tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Ia adalah normal sepertimana yang berlaku pada hari-hari yang lain.